Saturday, January 15, 2011

BEST nya !!!! PENEROKA FELDA DAPAT BONUS !!!



Para peneroka Segamat hari ini menerima 'durian runtuh' daripada Felda menerusi Bonus Insentif Produktiviti 2010 berjumlah RM8.9 juta.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, setiap peneroka menerima antara RM400 hingga RM1,200 bergantung pada penghantaran hasil masing-masing.

"Insentif ini diberi berdasarkan produktiviti dan jumlah yang dihantar ke kilang-kilang Felda," katanya pada Majlis Ramah Mesra di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang di sini.

Pada 25 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemberian Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada 94,281 peneroka di seluruh negara.

Menurut Najib, bonus tersebut sebagai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri kelapa sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Mohd. Isa yang dilantik menjadi Pengerusi Felda baru-baru ini berkata, bonus tersebut melibatkan lebih 15 tanah rancangan Felda di Segamat termasuk Felda Palong Timur dan Palong 1, 2 dan 3 yang terletak bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Isa memberitahu, beliau sedia menimbang memberi peruntukan bagi pembinaan beberapa kemudahan asas untuk keselesaan penduduk setempat di kawasan Felda Tenang

Antaranya, pembinaan pusat gimnasium, pintu gerbang dan membaiki sistem perparitan di Felda tersebut sepanjang 18 kilometer kerana keadaannya yang sempit.

"Kita lakukan pembangunan secara berterusan dan bukan masa pilihan raya sahaja. Jadi, masalah dan keperluan di Felda Tenang akan kita selesaikan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Menurut Isa, pihak pengurusan Felda sentiasa mengambil berat keperluan peneroka dan aspek pembangunan yang tidak pernah dipinggirkan.

TAHNIAH PENEROKA !!!!! 

No comments:

Post a Comment